Pages

Monday, 11 December 2017

Tempat Percutian Menarik Di Yan , Kedah !

Assalamualaikum and Hi!

Apa khabar semua?? Harap semuanya sihat belaka. Aien kat sini Alhamdulillah makin sihat dan mengembang. Haha..

So now entry kali ini adalah mengenai suatu tempat yang menarik untuk BERCUTI santai gitu...

Minggu lepas Aien dan seluruh keluarga belah papa bersetuju untuk mengadakan Family Day sambil bercuti di YAN, KEDAH. 

Kalau korang nak tahu kat sana banyak sangat chalet yang disediakan dan NEO ERA CHALET  NO TEL: (01110849607) menjadi pilihan kami. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah dari Penang.


Memang tesangatlah puas hati menginap di chalet ni sebab macam-macam kemudahan disediakan dan bayaran untuk penginapan sangat memuaskan. Untuk keseluruhan Aien bagi 5 BINTANG untuk chalet ni.
Jom kita tengok apa yang ada di sana dan apa aktiviti yang kami buat.

1. Terdapat 4 BUAH CHALET dan SEBUAH rumah batu. Di kawasan belakang chalet pula terdapat sebuah KOLAM MANDI untuk para pengunjung mandi mandi pada bila-bila masa sahaja.  Memang seronok! 



2. Selain itu terdapat juga DAPUR yang begitu luas untuk memasak. Korang tak perlu susah payah nak bawa makanan ke sana sebab terdapat pasar pagi dan pasar malam yang berdekatan boleh beli barang dapur anytime. Selain itu yang paling best korang boleh petik ulam ulaman dan juga cili padi yang ditanam di chalet tersebut. Memang Perghhh! 

Ni adalah lauk pauk yang kami berjaya masak waktu berada di sana.  Banyak chef2 yang ada so tak jadi masalah hehe.. 


3. Tadaaa... Inilah aktiviti yang paling dinantikan oleh semua orang...  MANDI AIQ TERJUN!!! Memandangkan kami orang pertama serbu aiq terjun AIR TU PUNYALAH SEJUKKKK. Tapi disebabkan semua HANTU AIR kami randuk juga... 

       Nampak tak betapa enjoynya semua orang.. Tambah2 mama Aien.. 

4. Setelah selesai mandi manda, kami semua makan tengahari,solat dan rehat. Tepat pukul 2 petang, semua salin pakaian untuk memulakan games Family Day. Sebelum start games, kami BERWEFIE dulu.. 


Setelah selesai bergambar kami cabut undi untuk dibhagikan kepada 4 kumpulan. Dan kesemua ahli pergi ke dewan yang terletak di belakang chalet untuk memulakan permainan. 

Antara permainan yang diadakan ialah TIRU AKSI, BOWLING NYOQ, MASUKKAN JARUM DALAM BENANG dan banyak lagi.  Sporting habis semua orang! 





5. Lebih kurang pukul 6 petang kami telah berjaya menamatkan semua games yang ada. Fuhhh PENAT TAPI ENJOY BAQ HANG! 

Setelah itu, kanak-kanak sambung dengan aktiviti mandi kolam dan orang dewasa terus pergi ke dapur untuk menyiapkan makanan untuk BBQ malam nanti.

Apabila semua sudah tersedia, kami semua pulang ke kediaman masing-masing dan bersiap untuk solat Magrib. Dan sempena sambutan Maulidur Rasul kami mangadakan bacaan Yasin


6. Tibalah masa MAKAN BESAR@BBQ yang ditunggu semua orang sebab perut dah lapaq sangat.

Makanan-makanan yang disediakan.  Terliur tak??? 

Maka bermulalah sesi mengisi perut masing-masing.

Di samping mengisi perut,  sesi penyampaian hadiah untuk pemenang games petang tadi juga dijalankan. Tahniah untuk kesemua pemenang. 




Cabaran game terakhir adalah MAGGIE RAMEN!! Dan Aien turut serta dalam game ni. Alhamdulillah dapat 1st runner up pon jadi la... 

Tepat pukul 12 malam, semua sudah tidur akibat keletihan di kediaman masing-masing.  

PERJALANAN PULANG

Seawal 6.00 pagi, semua orang dah bangun untuk packing nak berangkat pulang. 

Selepas sarapan pagi, lebih kurang dalam pukul 11.00 pagi kami semua check out dan meneruskan perjalanan pulang. 

Seperti biasa sebelum balik confirm akan singgah mana-mana untuk membeli buah tangan

Terdapat 2 destinasi yang kami singgah iaitu  

1.  TANJUNG DAWAI

Bermacam jenis ikan kering,  sotong kering dan lain-lain yang dijual di sini. Baju jersi Kedah pon ada! Hehe... 

2. PANTAI MERDEKA

Dekat sini pon macam-macam yang dijual.  Baju ada, beg ada, jam tangan ada..  Macam-macamlah!
Aien sempat rembat sepasang kasut kat sini. Memang berbaloi. 

Alhamdulillah tepat 6.30 petang kami semua tiba di kediaman masing-masing. 

Maka tamatlah percutian kami sekeluarga yang akan memberi banyak KENANGAN MANIS

InshaAllah next trip punya Family Day ain akan kongsikan dgn korang yerrr...

Thank you baca coretan Aien yang baru belajar ni ehhh! 
Aien payung sikit gambar waktu kat sana. Hehe

PS: Sudilah komen dan beri cadangan kot korang ada tempat yang menarik untuk Aien pergi for the next Family Day nanti ๐Ÿ˜Š



Friday, 8 December 2017

WAJIB SINGGAH! Barang Antik Dari Kenangan Silam Di Lorong Kulit , Pulau Pinang


Assalamualaikum & Hi !

Lorong Kulit - Rope Walk

Bagi mereka berasal dari negeri Pulau Pinang semestinya pernah datang ke pasar karat pagi yang terletak di Lorong Kulit , yang mana lebih dikenali dengan panggilan "Rope Walk". Tempat yang menarik ini sering menjadi tumpuan rakyat jelata di negeri ini tanpa mengira bangsa mahupun factor umur. Yang pastinya , seawal pagi kawasan ini sudahpun penuh dengan orang ramai. Sambil mencuci mata dengan pelbagai jenis jualan yang dijual oleh para peniaga , pengunjung juga boleh singgah untuk makan sarapan pagi di astaka yang berhampiran.
Barang Antik

Kalau pernah ke sini , pasti pernah terlintas jualan yang penuh dengan menjual barang - barang antik. Pernah kan? Mungkin sekarang jarang sekali untuk berjumpa dengan pakcik hensem seperti dalam gambar tapi lebih tertarik dengan si gadis manis yang jaga gerai ni. Aien la orangnya. Jadi pakat mai la nanti , boleh beli macam - macam barangan antik.

Untuk pengetahuan semua , barangan antik yang dijual adalah asli , bak kata omputeh "original" kerana semuanya kumpulan dari seluruh pelusuk dunia. Walaupun barangan antik ini sudah berusia puluhan mahupun ratusan jangka usianya , ianya masih lagi elok untuk digunakan , ya,masih berfungsi. Tidak sekadar menjadi barang perhiasan sahaja. Dan untuk memeriahkan lagi jualan,  Aien turut menjual barangan baru yang semakin digemari ramai.. Untuk mengetahui lebih lanjut, sudilah dtg ke gerai ain ye..  Harga bole nego๐Ÿ˜Š

Aien sendiri akan mengikut pakcik hensem untuk mengelilingi dunia dan mencari barang untuk di bawa balik ke Malaysia. Barang - barang antik ini semua dijual dengan harga berpatutan. Perkhidmatan penghantaran hampir ke seluruh negeri di Malaysia juga disediakan.
Bagi yang suka atau minat dengan barang - barang antik , tidak kiralah untuk digunakan mahupun sekadar menjadikan barang perhiasan rumah dsb , bolehlah kunjungi Aein di Lorong Kulit. Cawangan lain Kenangan Silam juga ada di Campbell Street , Pulau Pinang dan UDINI Mall.
Ikuti perkembangan barangan antik di Instagram - @aien_littleshop !

Wednesday, 6 December 2017

Biodata Kecil Aien

 
Bismillah...
Assalamualaikum & Hi.

SIAPA AIEN?
 
 
Since Aien baru dalam nak mendalami tulis blog ni, dalam post ni Aien nak cerita serba sikit pasal diri Aien yer...

*Nama diberi Nur Ain Binti Alaudin .
#Berasal dari negeri Pulau Mutiara.
*Dilahirkan tanggal 17 Juni 19**.
#Anak bongsu dari 4 adik beradik.  ๐Ÿ‘ถ
*Graduan Uitm๐ŸŽ“ (ecehhhh..) tapi Aien bekerja sendiri tolong papa si pakcik hensem dengan berniaga kat Lorong Kulit, UDINI SQUARE dan Aien ada kedai iaitu KENANGAN SILAM ENTERPRISE.
#Sangat suka dengan kucing ๐Ÿ˜บ dan travel especially area pulau yang ada pantai...  Owhhh,  I like ๐ŸŽฃ  too!

Oklah buat sementara itu sahaja coretan pasal diri Aien!
Sudi2lah jenguk dan komen kat page ni taw!