Apa khabar semua?? Harap semuanya sihat belaka. Aien kat sini Alhamdulillah makin sihat dan mengembang. Haha..
So now entry kali ini adalah mengenai suatu tempat yang menarik untuk BERCUTI santai gitu...
Minggu lepas Aien dan seluruh keluarga belah papa bersetuju untuk mengadakan Family Day sambil bercuti di YAN, KEDAH.
Kalau korang nak tahu kat sana banyak sangat chalet yang disediakan dan NEO ERA CHALET NO TEL: (01110849607) menjadi pilihan kami. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah dari Penang.
Memang tesangatlah puas hati menginap di chalet ni sebab macam-macam kemudahan disediakan dan bayaran untuk penginapan sangat memuaskan. Untuk keseluruhan Aien bagi 5 BINTANG untuk chalet ni.
Jom kita tengok apa yang ada di sana dan apa aktiviti yang kami buat.
1. Terdapat 4 BUAH CHALET dan SEBUAH rumah batu. Di kawasan belakang chalet pula terdapat sebuah KOLAM MANDI untuk para pengunjung mandi mandi pada bila-bila masa sahaja. Memang seronok!
2. Selain itu terdapat juga DAPUR yang begitu luas untuk memasak. Korang tak perlu susah payah nak bawa makanan ke sana sebab terdapat pasar pagi dan pasar malam yang berdekatan boleh beli barang dapur anytime. Selain itu yang paling best korang boleh petik ulam ulaman dan juga cili padi yang ditanam di chalet tersebut. Memang Perghhh!
Ni adalah lauk pauk yang kami berjaya masak waktu berada di sana. Banyak chef2 yang ada so tak jadi masalah hehe..
3. Tadaaa... Inilah aktiviti yang paling dinantikan oleh semua orang... MANDI AIQ TERJUN!!! Memandangkan kami orang pertama serbu aiq terjun AIR TU PUNYALAH SEJUKKKK. Tapi disebabkan semua HANTU AIR kami randuk juga...
Nampak tak betapa enjoynya semua orang.. Tambah2 mama Aien..
4. Setelah selesai mandi manda, kami semua makan tengahari,solat dan rehat. Tepat pukul 2 petang, semua salin pakaian untuk memulakan games Family Day. Sebelum start games, kami BERWEFIE dulu..
Setelah selesai bergambar kami cabut undi untuk dibhagikan kepada 4 kumpulan. Dan kesemua ahli pergi ke dewan yang terletak di belakang chalet untuk memulakan permainan.
Antara permainan yang diadakan ialah TIRU AKSI, BOWLING NYOQ, MASUKKAN JARUM DALAM BENANG dan banyak lagi. Sporting habis semua orang!
5. Lebih kurang pukul 6 petang kami telah berjaya menamatkan semua games yang ada. Fuhhh PENAT TAPI ENJOY BAQ HANG!
Setelah itu, kanak-kanak sambung dengan aktiviti mandi kolam dan orang dewasa terus pergi ke dapur untuk menyiapkan makanan untuk BBQ malam nanti.
Apabila semua sudah tersedia, kami semua pulang ke kediaman masing-masing dan bersiap untuk solat Magrib. Dan sempena sambutan Maulidur Rasul kami mangadakan bacaan Yasin.
6. Tibalah masa MAKAN BESAR@BBQ yang ditunggu semua orang sebab perut dah lapaq sangat.
Makanan-makanan yang disediakan. Terliur tak???
Maka bermulalah sesi mengisi perut masing-masing.
Di samping mengisi perut, sesi penyampaian hadiah untuk pemenang games petang tadi juga dijalankan. Tahniah untuk kesemua pemenang.
Cabaran game terakhir adalah MAGGIE RAMEN!! Dan Aien turut serta dalam game ni. Alhamdulillah dapat 1st runner up pon jadi la...
Tepat pukul 12 malam, semua sudah tidur akibat keletihan di kediaman masing-masing.
PERJALANAN PULANG
Seawal 6.00 pagi, semua orang dah bangun untuk packing nak berangkat pulang.
Selepas sarapan pagi, lebih kurang dalam pukul 11.00 pagi kami semua check out dan meneruskan perjalanan pulang.
Seperti biasa sebelum balik confirm akan singgah mana-mana untuk membeli buah tangan.
Terdapat 2 destinasi yang kami singgah iaitu
1. TANJUNG DAWAI
Bermacam jenis ikan kering, sotong kering dan lain-lain yang dijual di sini. Baju jersi Kedah pon ada! Hehe...
2. PANTAI MERDEKA
Dekat sini pon macam-macam yang dijual. Baju ada, beg ada, jam tangan ada.. Macam-macamlah!
Aien sempat rembat sepasang kasut kat sini. Memang berbaloi.
Alhamdulillah tepat 6.30 petang kami semua tiba di kediaman masing-masing.
Maka tamatlah percutian kami sekeluarga yang akan memberi banyak KENANGAN MANIS.
InshaAllah next trip punya Family Day ain akan kongsikan dgn korang yerrr...
Thank you baca coretan Aien yang baru belajar ni ehhh!
Aien payung sikit gambar waktu kat sana. Hehe |
PS: Sudilah komen dan beri cadangan kot korang ada tempat yang menarik untuk Aien pergi for the next Family Day nanti 😊
Bestnya ada family yang besar camni , gi family every year.
ReplyDeleteSeronok tengok tang makanan tu. Eat til bloated tu wei.
Tu pon rmai yg xleh mai.. Kak lia xblk.. Kalau x lg kecoh.. Hehe.. Mknan mmg byk smpai xhbis.. Klau geng kita ada confirm hbis..
DeleteWewittttttttt...
ReplyDeleteSiapa ituu
DeleteYah laaaa 😑
DeleteHahaha mna ein tau.. Tadi takdak gambaqqq...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete