Pages

Friday, 8 December 2017

WAJIB SINGGAH! Barang Antik Dari Kenangan Silam Di Lorong Kulit , Pulau Pinang


Assalamualaikum & Hi !

Lorong Kulit - Rope Walk

Bagi mereka berasal dari negeri Pulau Pinang semestinya pernah datang ke pasar karat pagi yang terletak di Lorong Kulit , yang mana lebih dikenali dengan panggilan "Rope Walk". Tempat yang menarik ini sering menjadi tumpuan rakyat jelata di negeri ini tanpa mengira bangsa mahupun factor umur. Yang pastinya , seawal pagi kawasan ini sudahpun penuh dengan orang ramai. Sambil mencuci mata dengan pelbagai jenis jualan yang dijual oleh para peniaga , pengunjung juga boleh singgah untuk makan sarapan pagi di astaka yang berhampiran.
Barang Antik

Kalau pernah ke sini , pasti pernah terlintas jualan yang penuh dengan menjual barang - barang antik. Pernah kan? Mungkin sekarang jarang sekali untuk berjumpa dengan pakcik hensem seperti dalam gambar tapi lebih tertarik dengan si gadis manis yang jaga gerai ni. Aien la orangnya. Jadi pakat mai la nanti , boleh beli macam - macam barangan antik.

Untuk pengetahuan semua , barangan antik yang dijual adalah asli , bak kata omputeh "original" kerana semuanya kumpulan dari seluruh pelusuk dunia. Walaupun barangan antik ini sudah berusia puluhan mahupun ratusan jangka usianya , ianya masih lagi elok untuk digunakan , ya,masih berfungsi. Tidak sekadar menjadi barang perhiasan sahaja. Dan untuk memeriahkan lagi jualan,  Aien turut menjual barangan baru yang semakin digemari ramai.. Untuk mengetahui lebih lanjut, sudilah dtg ke gerai ain ye..  Harga bole nego😊

Aien sendiri akan mengikut pakcik hensem untuk mengelilingi dunia dan mencari barang untuk di bawa balik ke Malaysia. Barang - barang antik ini semua dijual dengan harga berpatutan. Perkhidmatan penghantaran hampir ke seluruh negeri di Malaysia juga disediakan.
Bagi yang suka atau minat dengan barang - barang antik , tidak kiralah untuk digunakan mahupun sekadar menjadikan barang perhiasan rumah dsb , bolehlah kunjungi Aein di Lorong Kulit. Cawangan lain Kenangan Silam juga ada di Campbell Street , Pulau Pinang dan UDINI Mall.
Ikuti perkembangan barangan antik di Instagram - @aien_littleshop !

12 comments:

  1. sis dah follow IG !
    nnt sis lik Penang , sis terjah na...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u sis.. Mai lah.. Tringin nk jumpa blogger manis nih😚

      Delete
  2. Tebayang serika n gaslin.. Syg mn p. Hehehe xpa. Nnt klu p penang singah tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti mai la singgah na... Kot ada yg berkenan

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Very Nice Blog...will surely visit when i will come to Pinang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u dear.. Please come and bring your family too!

      Delete
  6. Keep going girl! Very proud of u.. πŸ’—

    ReplyDelete
  7. Wow menariknya barang antik..ada x mesin yg boleh p zaman dlu2 balik...hehehe mlwk ja na..btw,insyallah xda apa2 sy akn dtg kedai aein ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Kalau ada mesin tu Aien pn nk beli!
      Ok dtg taw nnti mna taw ada yg bkenan... 😍

      Delete